Baginda Rasullullah s.a.w. bersabda: "Apabila telah sampai ajal seseorang itu maka akan masuklah satu kumpulan malaikat ke dalam lubang-lubang kecil dalam badan dan kemudian mereka menarik rohnya melalui kedua-dua telapak kakinya sehingga sampai kelutut. Setelah itu datang pula sekumpulan malaikat yang lain masuk menarik roh dari lutut hingga sampai ke perut dan kemudiannya mereka keluar. Datang lagi satu kumpulan malaikat yang lain masuk dan menarik rohnya dari perut hingga sampai ke dada dan kemudiannya mereka keluar. Dan akhir sekali datang lagi satu kumpulan malaikat masuk dan menarik roh dari dadanya hingga sampai ke kerongkong dan itulah yang dikatakan saat nazak orang itu."
Sambung
Rasullullah s.a.w.. lagi: "Kalau orang yang nazak itu orang yang beriman,
maka malaikat Jibrail A.S. akan menebarkan sayapnya yang disebelah kanan
sehingga orang yang nazak itu dapat melihat kedudukannya di syurga. Apabila
orang yang beriman itu melihat syurga, maka dia akan lupa kepada orang yang
berada disekelilinginya. Ini adalah kerana sangat rindunya pada syurga dan
melihat terus pandangannya kepada sayap Jibrail A.S."
Kalau
orang yang nazak itu orang munafik, maka Jibrail A.S. akan menebarkan sayap
disebelah kiri. Maka orang yang nazak tu dapat melihat kedudukannya di neraka
dan dalam masa itu orang itu tidak lagi melihat orang disekelilinginya. Ini
adalah kerana terlalu takutnya apabila melihat neraka yang akan menjadi tempat
tinggalnya.
Dari
sebuah hadis bahawa apabila Allah s.w.t. menghendaki seorang mukmin itu dicabut
nyawanya maka datanglah malaikat maut. Apabila malaikat maut hendak mencabut
roh orang mukmin itu dari arah mulut maka keluarlah zikir dari mulut orang
mukmin itu dengan berkata:
"Tidak
ada jalan bagimu mencabut roh orang ini melalui jalan ini kerana orang ini
sentiasa menjadikan lidahnya berzikir kepada Allah s.w.t." Setelah
malaikat maut mendengar penjelasan itu, maka dia pun kembali kepada Allah
s.w.t. dan menjelaskan apa yang diucapkan oleh lidah orang mukmin itu. Lalu
Allah s.w.t. berfirman yang bermaksud: "Wahai malaikat maut, kamu cabutlah
ruhnya dari arah lain."
Sebaik
saja malaikat maut mendapat perintah Allah s.w.t. maka malaikat maut pun cuba
mencabut roh orang mukmin dari arah tangan. Tapi keluarlah sedekah dari arah
tangan orang mukmin itu, keluarlah usapan kepala anak-anak yatim dan keluar
penulisan ilmu.
Maka
berkata tangan: Tidak ada jalan bagimu untuk mencabut roh orang mukmin dari
arah ini, tangan ini telah mengeluarkan sedekah, tangan ini mengusap kepala
anak-anak yatim dan tangan ini menulis ilmu pengetahuan."
Oleh
kerana malaikat maut gagal untuk mencabut roh orang mukmin dari arah tangan
maka malaikat maut cuba pula dari arah kaki. Malangnya malaikat maut juga gagal
melakukan sebab kaki berkata:
"Tidak
ada jalan bagimu dari arah ini kerana kaki ini sentiasa berjalan berulang alik
mengerjakan solat dengan berjemaah dan kaki ini juga berjalan menghadiri
majlis-majlis ilmu."
Apabila
gagal malaikat maut, mencabut roh orang mukmin dari arah kaki, maka malaikat
maut cuba pula dari arah telinga. Sebaik saja malaikat maut menghampiri telinga
maka telinga pun berkata: "Tidak ada jalan bagimu dari arah ini kerana
telinga ini sentiasa mendengar bacaan Al-Quran dan zikir."
Akhir
sekali malaikat maut cuba mencabut orang mukmin dari arah mata tetapi baru saja
hendak menghampiri mata maka berkata mata: "Tidak ada jalan bagimu dari
arah ini sebab mata ini sentiasa melihat beberapa mushaf dan kitab-kitab dan
mata ini sentiasa menangis kerana takutkan Allah."
Setelah
gagal maka malaikat maut kembali kepada Allah s.w.t. Kemudian Allah s.w.t.
berfirman yang bermaksud: "Wahai malaikatKu, tulis AsmaKu ditelapak
tanganmu dan tunjukkan kepada roh orang yang beriman itu." Sebaik saja
mendapat perintah Allah s.w.t. maka malaikat maut menghampiri roh orang itu dan
menunjukkan Asma Allah s.w.t.
Sebaik
saja melihat Asma Allah dan cintanya kepada Allah S.W.T maka keluarlah roh
tersebut dari arah mulut dengan tenang.
Abu
Bakar R.A. telah ditanya tentang kemana roh pergi setelah ia keluar dari jasad.
Maka berkata Abu Bakar R.A: "Roh itu menuju ketujuh tempat:-
1. Roh para Nabi dan utusan menuju ke Syurga
Adnin.
2. Roh para ulama
menuju ke Syurga Firdaus.
3. Roh mereka yang
berbahagia menuju ke Syurga Illiyyina.
4. Roh para shuhada
berterbangan seperti burung di syurga mengikut kehendak mereka.
5. Roh para mukmin
yang berdosa akan tergantung di udara tidak di bumi dan tidak di langit sampai
hari kiamat.
6. Roh anak-anak
orang yang beriman akan berada di gunung dari minyak misik.
7. Roh orang-orang
kafir akan berada dalam neraka Sijjin, mereka diseksa berserta jasadnya hingga
sampai hari Kiamat."
Telah bersabda
Rasullullah s.a.w.: Tiga kelompok manusia yang akan dijabat tangannya oleh para
malaikat pada hari mereka keluar dari kuburnya:-
1. Orang-orang yang
mati syahid.
2. Orang-orang yang
mengerjakan solat malam dalam bulan ramadhan.
3. Orang berpuasa di
hari Arafah.
Tidak ada komentar:
Posting Komentar